~Our Love Story~

~Our Love Story~
cinta x kn disulami dgn m'khianati

Sunday 19 February 2012

8 Cara Menjadi Isteri Dambaan Suami

Sebenarnya menjadi seorang isteri lebih mudah untuk mendapatkan keredhaan dan ganjaran di sisi Allah sekiranya seorang perempuan yang berstatus isteri benar-benar menjalankan tanggungjawab dan peranannya dalam keluarga. Menjadi isteri menuntut waktu kerja 24jam sehari dan 7 hari seminggu.
.
Mana mungkin tugas berat ini diletakkan pada bahu seorang suami. Oleh sebab itu sebagai isteri perlu tahu bagaimana cara untuk menjadi seorang wanita yang menjadi dambaan suami, kerana bidang tugas seorang isteri sebenarnya lebih besar berbanding lelaki walau isteri tidak mendapat kuasa veto dalam keluarga.
Sebagai seorang suami, ciri-ciri di bawah ini akan menjadikan anda wahai isteri-isteri, seorang yang bakal disayangi sepenuhnya oleh suami. Tetapi dengan syarat anda mesti cuba untuk menjadikannya kenyataan.
1. Isteri yang cerdik
Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai
mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!
.
2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga
Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.
.
3. Manager dalam segala hal
Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.
.
4. Selalu di belakang suami
Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.
.
5. Menjaga perut suami dan anak-anak
Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.
.
6. Pandai jaga diri
Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.
.
7. Perunding imej
Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.
.
8. Menjaga keluarga mertua
Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.

TIP PENGUAT CINTA SUAMI ISTERI

Bercinta secara fitrahnya adalah pengalaman manis dan saat yang sentiasa dinanti-nantikan wanita daripada seorang lelaki.

Namun, sebelum tiba ke puncak kemanisan bercinta, terdapat beberapa perkara kecil yang diharapkan seorang wanita dan perlu diberi perhatian setiap pasangannya.
Walaupun belum lengkap mengenali erti percintaan dalam sebuah perkahwinan, tetapi wanita sememangnya menginginkan suatu tata cara kehidupan yang lebih romantik dengan dipenuhi belaian mesra seorang suami.
Terdapat beberapa keinginan yang didambakan wanita daripada suaminya, dalam melayari makna di sebalik sebuah ikatan percintaan. Untuk lelaki, semak beberapa perkara di bawah ini:
Pujian tulus tidak terduga Wanita mana yang tidak inginkan dirinya dipuji? Bukannya pujian seribu satu kata-kata tetapi, pujian kecil yang tidak terduga olehnya.
Jika itulah yang diucapkan si suami di saat isteri menantikannya , ia pasti membuatkan isteri tersenyum lebar. Sampaikan pujian dengan penuh kesungguhan, tatap matanya dan jika perlu, lemparkan bisikan halus di telinganya.
Hindarkan pemberian pujian tanpa memfokus kepada maksud yang ingin disampaikan. Contohnya, kamu memujinya sambil tangan sibuk melakukan sesuatu kerja. Ini membuatkan pasangan berasa kesal dengan sikap yang ditunjukkan.
Bangkitkan aroma tubuh Sentiasa memanjakan diri sebelum berdampingan dengan pasangan, mengambil berat tentang penjagaan diri seperti kuku, janggut, serta membangkitkan aroma segar dari tubuh kamu. Kesemua ini dijamin akan membuatkan pasangan berasa nyaman sewaktu bersama.
Ketika berada di rumah, kamu berasa tidak selesa untuk mengenakan pakaian menutup dada. Percayalah, 'pakaian menutup aurat' tidak sesekali disukai pasangan ketika berada di rumah.
Sebaliknya, kenakan celana pendek potongan seksi. Ini akan membangkitkan keintiman pasangan tatkala isteri memperlihatkan keseksian tubuh ketika bersama.
Sentuhan mesra
Walaupun kamu berdua begitu penat setelah pulang dari kerja, tidak salah sekiranya kamu menyelitkan bukti cinta kamu selama ini.
Kamu boleh mencipta sesuatu yang menyenangkan untuknya. Setelah selesai mandi dan bersiap untuk tidur, ambil minyak zaitun atau losen badan dan sapu di lehernya serta urut perlahan-lahan.
Biarkan pasangan kamu menikmati setiap sensasi yang tercipta daripada sentuhan jemarimu ini. Sentuhan erotik di tempat tidur ini sememangnya diinginkan setiap wanita. Tetapi, tidak hanya pada itu, wanita juga mendambakan belaian kasih sayang. Belailah rambutnya di saat dia berada di sisi kamu, atau pegang tangannya ketika dia menuruni anak tangga. Hal-hal seperti ini begitu dinanti-nantikan wanita.

Panggilan 'sayang'
 Masih ingatkah lagi panggilan 'sayang' di saat kamu bercinta dengannya dahulu? Sekiranya ingat, cubalah mengulangi panggilan cinta itu semula.
Jika ternyata kamu tidak pernah memulakan panggilan 'sayang' untuknya, tiada masalah untuk kamu menciptanya sekarang. Wanita akan merasa dirinya lebih istimewa di saat dia menyedari bahawa kamu adalah insan pertama di dunia ini memanggilnya dengan sebutan sayang. Ia sekali gus mengingatkannya semula keistimewaan diri kamu berbanding orang lain.
Sikap romantis
Apa yang diinginkan seorang isteri adalah sikap romantik dan telus daripada suami. Ia tidak perlu dipamerkan setiap masa malah boleh dilakukan setiap kali anda menginginkan belaian mesra daripadanya.
Selain di rumah, kamu boleh mencipta suasana romantik sewaktu menjemputnya di tempat kerja dengan memberinya setangkai mawar kecil.
Wanita akan merasakan dirinya disanjungi dan dihormati. Malah, siapkan sarapan untuknya dan bawa ke kamar tidur. Bangunkan dia dengan sebuah kucupan lembut di dahi, kemudian hulurkan segelas jus segar. Apa yang kamu lakukan ini akan membuatkan dia berasa kamu begitu romantik.
Tidak terburu-buru
Straight to the point. Ini adalah sebahagian sikap lelaki yang digelar wanita sebagai sikap terburu-buru. Cubalah sesekali kamu mengikut rentak iramanya.
Biarpun ia hanya dicipta sewaktu zaman bercinta dahulu, hakikatnya wanita menginginkan pasangannya mengerti keinginan dirinya itu.
Cium dengan perlahan tanpa ada satu bahagian pun yang terlewat. Tanya kepada dirinya apakah yang dia mahu kamu lakukan untuknya lagi.
Jangan sesekali membawa sikap terburu-buru ke kamar tidur. Peluk, belai rambutnya, bisik bagaimana kamu terlalu mencintainya sebelum kamu berdua menikmati waktu malam yang indah.
Pastinya, pasangan kamu sentiasa menginginkan kamu mengulangi langkah sebegini setiap kali kamu bersama.

Thursday 16 February 2012

8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...