~Our Love Story~

~Our Love Story~
cinta x kn disulami dgn m'khianati

Monday 29 July 2013

8 cara mengenalpasti lelaki penyayang

1) Suka Haiwan

- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan binatang, kita boleh tengok reaksi dia bila ada haiwan ni sebagai contoh dikedai makan, ada kucing datang mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak terajang dan halau kucing tu, ada pulak yang bercakap dengan kucing tu ” kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan.... Haa, boleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu contoh mudah, lelaki yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih sayang dia.

2) Suka Kanak-Kanak

- Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Ini kata Dr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang bagaimana.

3) Berat Akan Orang Tua

- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran, perasaan tak sampai hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.

4) Berat Akan Adik-Adik

- kita cuba tengok hubungan dia dgn adik. Tengok samada adakah hubungannya dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan samada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodoh saje bila si adik ingin bermain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya kurang

5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan

-Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan rakan-rakannya. jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu sedaya boleh. Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada sikap bantu-membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada, bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsung menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.

6) Pandai Menjaga Hati Pasangan

-Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya. Tengokklah bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat humor untuk menghiburkan hati pasangannya. Kadang-kadang dia suka membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih dia juga tidak senang hati

7) Susah Marah

-Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan cepat melenting. Kerana hal kecil pun nak melenting seperti terlewat berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting macamni korang berhati-hati la..

8 ) Sentiasa Murah Dengan Senyuman

-Kita tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu. Memang tak lokek langsung!.. Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang. Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan berhubungan baik dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur kebencian.

PERBUATAN SUAMI BALASAN UNTUK ISTERI

SUAMIKU...KETIKA PEKERJA TADI DATANG UNTUK MENGISI AIR KE DALAM TEMPAYAN...TIBA-TIBA DIA PUN MEMEGANG TANGANKU...

Pernah diceritakan kisah seorang lelaki yang bertaqwa, menjaga solatnya, berpuasa dan menjaga ibadahnya kepada Allah Taala. Isterinya juga seorang yang bertaqwa. Suatu hari, apabila dia pulang ke rumah dia melihat air muka isterinya berubah dan menjadi kemerah-merahan. Dia sangat terk...ejut dengan keadaan tersebut.

Lalu, si suami bertanya kepada isterinya perkara yang telah berlaku, tetapi isterinya enggan menceritakannya. Apabila dia berterusan meminta isterinya menceritakan apa yang berlaku, isterinya bertanya :

“ Adakah kamu mengenali pengisi air itu? ”
– Pengisi air yang dimaksudkan adalah orang yang mengisikan air ke dalam tempayan untuk diminum oleh tuan rumah.

Suaminya menjawab : “ Ya ”

Isterinya meneruskan kata-katanya : “ Berapa lamakah dia telah berkhidmat dengan kita? ”

Suaminya menjawab “ Lebih dari 30 tahun ”

Isterinya bertanya lagi : “ Adakah kamu mengetahui kejahatan atau keburukan pada dirinya? ”

Jawab suaminya : “ Tidak ”

Isterinya pun berkata : “ Hari ini dia telah melakukan satu perbuatan yang buruk ”

Lelaki itu bertanya : “ Apakah yang telah dia lakukan? ”

Isterinya pun menjawab : “ Ketika dia datang untuk mengisi air ke dalam tempayan di dalam rumah kita seperti kebiasaannya, aku pun membuka tempayan tersebut. Apabila aku menutup kembali tudung tempayan tersebut, tiba-tiba dia pun memegang tanganku dan menggengam pergelangan tanganku kuat sedikit ”

Apabila suami itu mendengar cerita tersebut, dia menangis sepuas hatinya. Kemudian, suaminya bangun solat taubat sebanyak dua rakaat meminta pengampunan dengan Tuhannya.

Si isteri bertanya : “ Mengapa dengan kamu? Mengapa kamu tidak pergi kepadanya dan menghukumnya? ”

Si suami menjawab : “ Tidak, apa yang berlaku berpunca daripada diriku sendiri ”

Perhatikan maksud kata-kata ini ;
“ Apa yang berlaku berpunca daripada diriku sendiri ”

Isteri bertanya : “ Bagaimana begitu ”

Jawab lelaki tersebut: “ Telah datang kepadaku seorang wanita hari ini, dia meminta aku membaiki gelang tangannya yang diperbuat daripada emas. Ketika dia masukkan gelang tersebut ke tangannya untuk ditunjukkan kepadaku untuk menunjukkan saiznya, aku tidak menundukkan pandanganku. Aku melihat tangannya melebihi had yang sepatutnya. Nafsu menguasai diriku dan aku meletakkan tanganku pada gelangnya dan menggengam sedikit tangannya seperti lelaki tersebut menggengam tanganmu ”

Ketika mereka tidur, datanglah seorang dalam mimpi si suami lalu dia berkata: “ Gengaman dibalas gengaman. Sekiranya kamu melakukan lebih daripada itu kepada perempuan tersebut, lelaki itu juga akan melakukan lebih dari itu kepada isterimu ”

MORAL OF THE STORY...
✔ Tundukkan pandangan dari melihat perkara yang diharamkan oleh ALLAH Ta'ala.
✔ ALLAH Ta'ala akan membalas segala perkara buruk yang kita lakukan.
✔ Sebagaimana kita tidak suka orang yang kita sayangi disakiti, kita juga perlu menjaga diri dari menyakiti orang lain.
✔ Bersegeralah memohon keampunan dari ALLAH Ta'ala apabila melakukan dosa dengan sebenar-benar taubat dan berazamlah untuk tidak mengulanginya lagi.
✔ Mohonlah perlindungan dari ALLAH Ta'ala supaya tidak terjebak dalam perkara yang dimurkaiNya.
✔ Berusahalah menjadi hambaNya yang mentaati suruhanNYA dan meninggalkan maksiat kepadaNya.
✔ Basahkan lidah dengan istighfar. Dalam masa yang sama, hiasi diri dengan amalan ketaatan dan meninggalkan maksiat sebagai tanda benarnya istighfar yang diucapkan.
✔ Banyakkan muhasabah setiap amalan yang kita lakukan dalam kehidupan seharian

Firman ALLAH yang bermaksud : “ Dan bersegeralah memohon keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Dijanjikan kepada orang yang bertaqwa. (Iaitu) orang yang membelanjakan (hartanya) di waktu senang dan susah, orang yang menahan perasaan marahnya dan mengampuni kesalahan manusia. Dan Allah Taala itu suka kepada orang yang berbuat kebaikan. Dan orang yang apabila melakukan perbuatan yang keji atau menzalimi dirinya, lalu mereka mengingati Allah, mereka terus memohon keampunan dari Allah atas dosa yang mereka lakukan dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahuinya. Mereka itu balasannya adalah keampunan dari Tuhannya serta syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal ” -Ali-‘Imran : 133-136

Kisah ini telah diceritakan oleh Al Habib Ali Al Jifri ( keturunan Rasulullah SAW )

Friday 12 July 2013

Tips Untuk Suami Ketika Isteri Sedang Berpantang

1. Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda. Rebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini untuk kembalikan kesegaran badan. Kalau susah nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri (bagi yang tak mempunyai water heater).

2. Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat Subuh, sediakanlah sarapan untuk isteri anda…Kalau boleh, tidak perlu sambung tidur semula…Kalau tak dapat sediakan sarapan yang agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar..Pasti isteri anda rasa amat dihargai.

3. Cubalah belajar untuk mandikan baby anda walaupun baby anda masih lembut badannya.. Kalaulah anda tiada kemahiran mandikan baby ataupun tak berbakat langsung, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah.

4. Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama (maksudnya sudah ada 1-2 anak sebelumnya), pastikan segala urusan anak-anak itu diuruskan. Janganlah diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.

5. Sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh, berhampiran isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala, bakul baju kotor, majalah dan buku kegemaran (untuk mengelakkan boring).

6. Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa-apa yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta bantuan sedangkan si suami tertidur di depan televisyen selepas menonton astro.

7. Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu. Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh dilakukan oleh anda. Setakat melipat tu, tak apalah dilakukan oleh isteri sebab ia termasuk dalam kategori kerja ringan.

8. Sungguhpun anda letih, janganlah ditunjukkan depan isteri. Isteri perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan. Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa sedih dan mungkin menggalakkan terjadinya kemurungan atau post-partum depression.

9. Ikhlaskan diri menjaga isteri anda kerana dia adalah amanah. Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya.

Thursday 11 July 2013

Biskut Kacang Mazola


Assalammualaikum WBT tengah buat ape tu? buat kuih raya ke? Biskut kacang mazola ni sangat sedap dan sentiasa menjadi pilihan tetamu yang datang, diya belajar buat biskut ni dari mak sedara diya, bahanya pun tak banyak, harum kacang dan rangup biskut ni yang membuatkan nye istimewa dan sentiasa evergreen, resepi ade dibawah ni ye, kuantiti dari bahan di bawah lebih kurang satu balang saiz sederhana.


Biskut Kacang Mazola

500 gram kacang tanah

500 gram tepung gandum

370ml minyak jagung ( jenama Mazola)

280 gram gula castor

2 sudu kecil baking powder

untuk gliss, satu biji kuning telur dicampur dengan sedikit serbuk pewarna kuning.


Cara-caranya

1. Kacang tanah disangan ( goreng tanpa minyak) , buang kulit dan blender hingga hancur.

2. satukan gula castor, kacang tanah, baking powder dan tepung gandum, kemudian masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit, gaul sebati. pastikan adunan boleh dikepal.

3. Bentukkan bulat-bulat kecil dan tekan permukaan biskut ini dengan jari, ulang langkah tadi sehingga semua adunan habis, akhir sekali gliss dengan kuning telur dan lekatkan dengan kacang tanah sebagai hiasan, Bakar pada suhu 170 ke 180 darjah selama 20 minit atau sehingga permukaan biskut perang.

4. sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas yang kedap udara, selamat mencuba.



biskut kacang mazola yang gebu dan rangup



biskut kacang mazola yang gebu dan rangup


Biskut kacang mazola yang mudah untuk dibuat, harum baunya dan sedap dimakan, amat sesuai dijadikan hidangan di hari raya.

Wednesday 10 July 2013

1st day Ramadhan 1434H

pengalaman pose pd 1st day...

b4 tdo smlm,aku dh psg alarm nk bgn kol 4 am....

nk bgn msak...

pas2 siap jnji ag ngan cayunk aku nk kejutkn die utk bgn mkn sahur...

tp dh 11 blan asyk bgn kol 6 je,bley slamber je aku offkn alarm...

then kol 5 am phone aku bnyi...

bnyi plak tepi tinga..

hadoiiiiiiii....

mmg rsa nk mrah je sbb tdo aku t'gnggu la kan...

rpa2nya cayunk aku col gerak aku bgn sahur...

die dh bgn dulu dh....

alamak...

terbalik plak...


bkn aku kejut die tap die yg kjut aku bgn...

klu kol 5 mmg x smpat nk msak pa la kan...

tp nsib la da nasi ngan lauk lebih smlm ckit...

aku pnaskan...

masak air utk abah aku...

then dh siap aku kjutkn seisi umah...

aku bg abah ngan adk aku mkn nasi...

tkut t diowg lpar...

aku ngan ibu mkn bskut...

alas perut je...

sbb aku pg2 nih ssah nk mkn ckit...

dh siap sume b'sahur, aku dh x tdo...

trus je kmas umah..

sbb pas kmas umah aku nk stdy..

stdy la ckit...

rhat...

stdy ckit...

rhat...

smpai la aku t'tdo....huhuhuhuhu...

bla bgn dh azan zohor...

trus je slat then g ambik adik aku skolah...

dh smpai umah igt nk smbung stdy blik...

tp on laptop je trus je melalut...

bla ibu dh pggil tlg msak..

trus off je la laptop kan...

pas asar g bazar...

igt nk mkn nsi kndar

tp x bka plak nasi kandar 2
last choice aku beli nasi ayam
blik bakar kaki ayam plak...

x ramai yg buka kedai ri nih...

msih bnyak ag tmpt kosong yg x d'isi..

ri nih makanan sume beli...

cuma cucur jagung ke wat sndiri...

cucur jagung...

da knangan disebalik cucur jagung

dlu time kt ipoh aku slalu gak la wat cucur jagung

sbb cayunk aku suka mkn...

skunk nih mmg x la aku nk wat kn...

sape je nk jamah klu aku wat...

MISUNDERSTANDING HAPPEND...

kena bijak utk tangai masalah yg b'laku...

tp pa2 pon dh selesai pose yg p'tma...

semoga besok lebih baik dri ri nih...

aminnnn

Monday 8 July 2013

JEM RAMBUTAN

Assalamualaikum
Besok Ramadhan akan menjelma...
Sekali lagi entry dikepam selama beberapa minggu =)
bulan Julai memang musim buah-buahan kat Perlis dan sekitarnya
Ada buah durian,mangga,manggis dan rambutan





 
  

Rambutan yess rambutan sangat menjadi tahun ni di Utara
Sebelum ni saya hanya tau makan rambutan membuta tuli
Tak tau pun ada jenis2 dengan nama tersendiri huhu
bila bersembang ngan ibu abah
Baru la kenal ada rambutan lekang nyoq,budak sekolah,masam,biasa dll istilah
yang mana merujuk kepada isi buah rambutan tersobutttt...
HEhehehe....

Ok dalam mencari buah rambutan yang berisi tebal,manis dan sedap tu
Ada juga rambutan yang isi masam,x lekang dari biji dan x sedap untuk di makan begitu shj
Setakat hisap rasa airnya sahaja rugi pulak kan
Tetiba  t'fikir nak buat jem rambutan..tu diaaaa


memandangkan banyak gilos rambutan masam tu terbiar
dan x dapat sambutan..baik kita lunggas buat jem sahaja..
So di sini saya dengan ini nak share cara2 membuat jem nya :) 
Siap step by step lagi..hehehe sila kan view kat bawah :


1. kumpulkaan berbakul / berguni rambutan masam yang ada



2. Buang kulit , amik isi sahaja

Awas.langkah 2 kalau x pro rosak la kuku n kutex anda sekalian..hahahhaaa....


3.Buah siap dikupas,basuh bersih dan buh dalam periuk untuk di panaskan

Kacau ye atas api..tuang air dalam secawan sahaja..jangan banyak sebab nanti air dari buah pon ade


4. tengok buah yg segar td dah lembik dan air pun dah banyak 

Kacau lagi tanpa henti kang hangus kang naya jee...huhu
5.kacau beberapa jam die hampir lerai dari biji

6. Ok dah lerai boleh asingkan biji2 rambutan
Part ni nak senang guna la bekas jarang ye nak asingkan biji dan isi rambutan ni
Seterusnya pilih warna kegemaran anda..ada suka buat kaler kuning/yellow


Saya pilih merah,dan saya guna pewarna serbuk tu =)
Dan buh gula secukup rasa..




7. Kacau atas api sampai mendidih

8. kacau sampai hampir kering supaya tahan lama utk disimpan

Taraaa..hasilnyaa...


Ok.Lepas dah letak gula bagi ada rasa masam2 manis gitu...dah hampir kering
Boleh sejukkan jem ni,,,dan kemudian boleh letak dalam bekas bertutup
dan masuk dalam esbox..Selamat mencuba!


p/s: Sedap dimakan dengan beskot 4 segi hupseng atau roti bakar./roti biasa. yummy!