~Our Love Story~

~Our Love Story~
cinta x kn disulami dgn m'khianati

Friday 24 May 2013

Resepi Sup Kaki Ayam



Untuk resepi sup kaki ayam versi saya.Sila sediakan beberapa bahan yang mudah di dapati.
  1. Sup bunjut
  2. Kaki ayam secukupnya
  3. Kulit kayu manis
  4. Air
  5. Bawang merah kecik , bawang putih , halia
  6. Garam dan perasa sesuka hati
  7. Daun sup , bawang goreng , daun bawang (untuk hiasan dan penambah perisa)
*Selain bahan di atas korang boleh tambahkan pelbagai jenis sayuran lain , contoh ubi kentang , lobak merah , cendawan , saderi atau kurma merah ikut citrasa korang. Kadang-kadang tengok apa yang ada di dapur masukkan saja.
Cara nak masak sup kaki ayam simple saja. Yang penting kawal api dan reneh sup dengan api perlahan dan lama sedikit. Sebab bagi saya , kaki ayam tak sedap kalau masak cepat-cepat ok.
  1. Masukkan kaki ayam , sup bunjut , bawang merah kecil , halia , bawang putih , kulit kayu manis dan air hingga tenggelamkan kaki ayam tersebut . (jika suka boleh tambah kan sesudu rempah sup adabi , tetapi dalam gambar di atas sup jenis kosong tanpa rempah sup )
  2. Reneh dengan api perlahan , sehingga melegak dan kaki ayam kelihatan lembut atau mengelupas. Jika air telah kering tambah lagi.
  3. Jika hendak masukkan sayur , pastikan sup telah lama direneh , kemudian masukkan sayur dan reneh sekejap mengikut jenis sayur. Takut sayur terlebih masak pula kan..
  4. Masukkan garam , perasa dan daun sup serta daun bawang.
  5. Semasa hendak hidangkan tabur bawang goreng.
Dan dah siap , tak perlu tumis dengan minyak , sebab kaki ayam tu dah berlemak. Elakkan guna periuk jenis stainless steel yang nipis tu , sebabnya kaki ayam tu akan rasa pelik dan bewarna hitam. Lebih sedap jika di masak menggunakan periuk tanah.
Selamat mencuba 
:)

No comments:

Post a Comment